KOTA KINABALU (9 DISEMBER): Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) diharap dapat meneruskan kecemerlangan.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu kecemerlangan yang dicapai dapat dipertingkat demi kepentingan rakyat.
“Kecemerlangan PBNS ini penting dan kita berharap ia memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika menghadiri sesi taklimat PBNS di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan mengharapkan agensinya bukan sahaja cemerlang tetapi berupaya memberi manfaat kepada rakyat.
TAMAT
