IGNIS 3R TEKNOLOGI TEMPATAN

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Aleeya Villiamon

SANDAKAN: 21 Julai – Teknologi yang dihasilkan oleh anak tempatan bakal diperkenalkan bagi menangani masalah pelupusan sampah di negeri ini.

Sebagai permulaan Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sibuga dpilih untuk menggunakan teknik yang dikenali sebagai Ignis 3R.

“Biar kami biktikan terlebih dahulu dan jika ia berjaya pasti akan dikembangkan ” kata Pengarah Eksekutif IGNIS SG (Sabah), Dr Davina Datuk Markus Majihi kepada media di sini kelmarin.

Beliau berkata tapak pelupusan sampah di Sungai Sibuga itu ada yang kedua paling kritikal di negeri ini selepas Kayu Madang di Kota Kinabalu.

Katanya sebelum ini, teknik tersebut telah digunakan di Johor dan yang terbaharu di Terengganu.

“Teknik ini diguna untuk menangani masalah di tapak pelupusan sampah yang mati…maksudnya tapak yang sudah terlalu banyak sampah,” katanya dan menambah syarikatnya sudaj berpengalaman beberapa tahun di Johor.

Mengenai soalan lain, Dr Davina berkata teknik itu akan beroperasi setiap masa dan tidak akan putus.

“Operasi selama 24 jam sehari dan ianya adalah berterusan,” katanya lagi.

Beliau memberitahu sejumlah 300 metrik tan sehari.

Katanya teknik itu akan sentiasa dipertingkatkan.

Tamat

Share This Article