Polis Tahan Tiga Lelaki Disyaki Terlibat Sabung Ayam di Jalan Sin Onn Tiku

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU, 25 Disember 2025 — Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian sabung ayam dalam satu serbuan di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Sin Onn Tiku, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota Balai Polis Tawau sejurus menerima maklumat awam berhubung kegiatan haram berkenaan.

“Ketiga-tiga suspek warga asing berusia antara 39 hingga 60 tahun ditahan di lokasi kejadian.

Polis turut merampas seekor ayam milik salah seorang suspek yang dipercayai digunakan dalam aktiviti sabung ayam,” katanya di sini.

Menurut beliau, semua suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015.

TAMAT

Share This Article