SELESAI MASALAH SEGERA: HAZEM

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 26 November – Rakyat diminta bertenang dan bersabar berikutan gangguan bekalan elektrik yang berlaku ketika ini.

Tetapi pada masa yang sama diharap Sabah Electricity perlu mengambil tindakan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Musa berkata, gangguan itu memberi kesan kepada rakyat termasuklah golongan peniaga.

“Kita berharap agar rakyat bertenang dan bersabar tetapi pada masa yang sama SE mengambil tindakan segera.

“Saya yakin pihak SE tidak akan duduk diam sebaliknya akan mengambil langkah untuk menangani masalah itu,” katanya di sini hari ini.

SE dalam kenyataannya memaklumkan susulan insiden menara penghantaran T313, bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah kini bergantung kepada kapasiti penjanaan setempat yang terhad.

Tinjauan SHN mendapati catuan bekalan mula dinikmati sekitar 6 petang hari ini.

Hazem berkata catuan perlu dilaksanakan secara bergilir bagi membolehkan lebih ramai pengguna menerima bekalan elektrik, di samping memastikan sistem kekal stabil dan mengelakkan gangguan.

Dalam masa yang sama, set janakuasa bergerak (genset) telah digerakkan ke lokasi-lokasi penting seperti hospital, sekolah dan balai polis bagi memastikan perkhidmatan penting kepada masyarakat dapat diteruskan.

Sabah Electricity terus memanfaatkan segala sumber penjanaan yang tersedia bagi meningkatkan jumlah bekalan elektrik yang dapat disalurkan kepada pengguna.

Share This Article