PUTATAN, 23 Disember – Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya hari ini menziarahi serta menyantuni mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sri Putatan, di sini.
Dalam tinjauan berkenaan beliau bersama rombongan Pejabat Parlimen P.173 Putatan turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang Isnin lalu seramai 69 mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS selepas sembilan buah rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.
TAMAT
