Kerajaan Sabah Sumbang Dua Kenderaan 4WD Kepada JSJN Polis Sabah

sabahheadlines
1 Min Read
{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":["local"],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":false,"containsFTESticker":false}

Editor SH

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menyumbangkan dua kenderaan pacuan empat roda bagi memperkukuh operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Sabah dalam usaha membanteras jenayah dadah di negeri ini.

Penyerahan replika kunci kenderaan itu disampaikan kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Mohd Khalid Ismail dalam satu majlis di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk James Ratib; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong serta Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun bersama pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, sumbangan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa keupayaan pasukan keselamatan demi memastikan Sabah kekal aman, stabil dan sejahtera.

Share This Article