Kebakaran Putatan: 69 Penduduk Dipindahkan ke PPS Dewan Sri Putatan

sabahheadlines
1 Min Read

PUTATAN, 23 Disember – Seramai 69 penduduk daripada 20 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas akibat kejadian kebakaran di daerah Putatannsekali gus memaksa mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sri Putatan sejak petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, PPS berkenaan dibuka pada 22 Disember 2025 jam 2.30 petang dan setakat 8.00 pagi hari ini jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS adalah kekal.

JPBN Sabah memaklumkan daripada jumlah penduduk terjejas itu, seramai 19 lelaki dan 22 perempuan dewasa/warga emas manakala 10 kanak-kanak lelaki dan 13 kanak-kanak perempuan turut direkodkan berada di pusat pemindahan berkenaan.

“Sehingga kini hanya satu PPS dibuka melibatkan satu daerah dan tiada pembukaan PPS baharu dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama pihak berkuasa turut mengesahkan tiada kematian direkodkan setakat ini akibat kejadian berkenaan selain tiada penduduk terjejas di luar pusat pemindahan sementara.

Operasi pemantauan dan pengurusan mangsa terus diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Putatan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah.

JPBN Sabah menegaskan pihaknya akan terus memantau situasi semasa dan memastikan kebajikan mangsa terjejas di PPS terbabit sentiasa terpelihara.

TAMAT

Share This Article