APM Sandakan tangkap ular sawa 10 kilogram telan ayam di kawasan perumahan

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 5 Feb – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan bertindak pantas menangkap seekor ular sawa yang dipercayai menelan seekor ayam di kawasan kediaman penduduk, pagi tadi.

APM Sandakan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.53 pagi sebelum Skuad Alpha digerakkan ke lokasi tiga minit kemudian bagi menjalankan operasi menangkap reptilia berkenaan.

Ular sawa itu berjaya ditangkap dengan selamat pada jam 8.42 pagi hasil tindakan teratur anggota di lokasi.

Menurut APM, ular tersebut dianggarkan seberat kira-kira 10 kilogram dengan panjang sekitar dua meter.

Operasi berkenaan dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terutama di kawasan perumahan berhampiran semak atau ternakan serta segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berdepan situasi melibatkan haiwan liar atau berbahaya.

TAMAT

Share This Article