BEAUFORT (25 MAC): Prinsip keadilan yang diamalkan oleh Ketua Menteri mampu memacu keharmonian den kesejahteraan rakyat.
Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Haji Mohd Jali Nordin berkata, prinsip keadilan kepada semua rakyat dapat memperkukuhkan persefahaman dan perpaduan rakyat.
Persefahaman dan perpaduan itu telah mewujudkan kestabilan politik yang membolehkan kerajaan menumpukan kepada pembangunan di negeri ini, katanya di sini hari ini.
“Ketua Menteri sentiasa memikirkan soal rakyat dan sentiasa mahukan rakyat negeri ini dapat menikmati keharmonian dan kesejahteraan,” katanya.
Mohd Jali berkata demikian kepada media pada majlis rumah terbuka Aidil Fitri di sini.
Menurutnya, sejak lebih lima tahun menerajui kerajaan, ketua menteri telah berjaya membawa Sabah mencapai kejayaan.
Kejayaan dari sudut ekonomi, pendidikan, kebajikan dan sebagainya, katanya.
Beliau berkata, rakyat juga telah menikmati pelbagai bantuan yang tidak dinikmati pada kerajaan terdahulu.
Bagaimanapun, Mohd Jali berkata, prinsip keadilan ketua menteri itu perlu diberikan sokongan.
Sokongan itu, katanya, bukan sahaja daripada kalangan pemimpin tetapi juga daripada rakyat.
“Kita wajar menyokong prinsip itu kerana ia memberi impak positif kepada kita sebagai rakyat,” katanya lagi.
TAMAT
