PRESIDEN MPS HADIR ISTIADAT PERBARISAN HARI KEPUTERAAN RASMI TYT SABAH, KONTINJEN MPS NAIB JOHAN

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 30 Mac — Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Walter Kenson menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Sabah di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Istiadat berkenaan merupakan antara acara rasmi utama negeri yang berlangsung penuh protokol dan tradisi sebagai tanda penghormatan serta menjunjung kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Aman.

Pada majlis sama kontinjen MPS mencatat kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan perbarisan yang melibatkan pelbagai agensi dan jabatan.

Pencapaian itu mencerminkan tahap disiplin, komitmen dan semangat berpasukan tinggi dalam kalangan warga kerja MPS selari dengan aspirasi perkhidmatan yang diangkat melalui slogan “MPS Memudah Cara, Sandakan Terus Maju”.

Istiadat berkenaan turut disertai pelbagai kontinjen daripada agensi kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan dan pertubuhan lain yang memeriahkan sambutan tahunan tersebut.

Share This Article