POLIS TAHAN BAPA CEDERAKAN ANAK

sabahheadlines
1 Min Read

OLEH-SYARMILLAH SALLEH

LAHAD DATU(18 MEI): Seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun ditahan polis kerana disyaki mencederakan anak kandungnya berusia 13 tahun di Kampung Sharip, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang membantu suspek membaiki sebuah kenderaan.

Suspek dipercayai bertindak memukul mangsa menggunakan tangan dan alat ganti kenderaan jenis getah timing belt.

Kes tersebut terbongkar selepas bekas isteri suspek membuat laporan polis, selepas menerima gambar kecederaan mangsa yang dihantar melalui WhatsApp oleh salah seorang anak mereka. Mangsa dilaporkan mengalami kesan lebam di bahagian belakang badan, rusuk dan kaki kanan.

Suspek berjaya ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Lahad Datu pada jam 12.10 tengah hari hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebat, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut.

Pihak polis menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam keganasan rumah tangga demi melindungi keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.

TAMAT

Share This Article