SH-SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU : 21 April-Polis Lahad Datu sedang berusaha mengesan dua saspek yang masih bebas terlibat dalam kes samun bersenjata tajam di Payang batu 7 dekat sini.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Bin Haji Ismail dalam kenyataan media memaklumkan memohon kerjasama orang ramai yang menpunyai maklumat mengenai kes itu supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Iskandar bin Kiprawi di talian 089 881255 atau mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Kata Dzulbaharin memaklumkan kes tersebut disiasat di bawah seksyen 395/397 kanun keseksaan.
TAMAT
