BERI KHIDMAT TERBAIK UNTUK RAKYAT-DATUK ISNIN ALIASNIH

sabahheadlines
1 Min Read

SH-Aleeya Villiamon

KOTA KINABALU (21 April): Ahli majlis daerah disaran agar memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata adalah menjadi tanggungjawab ahli majlis untuk berkhidmat dengan amanah.

“Masalah rakyat perlu diberi perhatian dan kita perlu melihat dan peka dengan apa juga runggutan yang diluahkan oleh rakyat,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan watikah lantikan Ahli Majlis Daerah Sipitang di sini hari ini.

Katanya biarpun keutamaan adalah untuk mengutip hasil bagi memaju dan membangunkan daerah, rakyat oerlu juga diutamakan.

Menurutnya kerajaan sentiasa berharap agar ahli majlis sentiasa amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Beliau juga meminta agar ahli majlis sentiasa bekerjasama dengan pemimpin kerajaan dalam merangka pembangunan dan kemajuan di daerah yang diwakili.

Isnin juga meminta agar masalah perparitan, sampah dan sebagainya diberi perhatian yang serius.

“Pembangunan dan kemajuan sesebuah daerah akan terlihat lebih indah jika masalah perparitan, sampah, rumput dan sebagainya turut dijaga dengan baik,” katanya lagi.

Tamat

Share This Article