sh@ Syarmillah Salleh
LAHAD DATU, 2 Ogos 2025 :Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu yang berlangsung hari ini akan penekanan terhadap kesiapsiagaan gerak kerja anak muda dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin, berkata bahawa di bawah pimpinan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu, Dato’ Sri Dr Anil Sandhu, fokus diberikan kepada pendekatan turun padang untuk lebih mendekati anak muda di kawasan berkenaan.
“Kita mahu memastikan suara dan keperluan anak muda didengar secara langsung. Melalui pendekatan lapangan ini, kita dapat memahami isu-isu sebenar yang dihadapi oleh golongan muda seperti peluang pekerjaan, tekanan ekonomi dan kebajikan,” katanya ketika ditemui selepas persidangan.
Menurut beliau, UMNO bukan sahaja komited terhadap usaha memperkasakan anak muda, tetapi juga meneruskan engagement melalui pelbagai program seperti Road to Rakyat (RDR), Pusat Peradu, Program Pulau Padang dan Jelajah PDM.
“Semua ini adalah sebahagian daripada usaha UMNO yang konsisten dengan pendekatan ‘mendekati rakyat’, seperti yang digariskan oleh pimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan,” tambahnya lagi.
Persidangan turut menzahirkan komitmen Pemuda UMNO Lahad Datu untuk menjadi barisan hadapan dalam menyampaikan aspirasi anak muda serta memastikan penyertaan aktif golongan tersebut dalam agenda pembangunan negeri.
TAMAT
