sh@ editor
MEMBAKUT (8 JULAI): Kegagalan dan kelewatan kerja-kerja pembinaan klinik desa di Kampung Pimping di sini melahirkan kekecewaan kepada penduduk.
Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (Presbah) Haji Yahya Ahmad berkata kekecewaan itu diluahkan sendiri oleh penduduk kampung tersebut.
“Mereka bertemu dengan saya dan meluahkan rasa kecewa terhadap kerja-kerja pembinaan klinik tersebut.
“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya jabatan kesihatan negeri sabah perlu ‘alert’ mengenai perkara ini dan wajar melakukan pemantau tegas dan membuat siasatan,” katanya di sini baru-baru ini.
Penduduk kampung, katanya, mendakwa kerja-kerja pembinaan itu sudah lama tidak dilakukan dan perkara itu telah menimbulkan tanda-tanya.
Beliau berkata klinik desa itu sepatutnya telah siap sepenuhnya.
Katanya klinik itu juga bila siap boleh jadi pengganti semantara menempatkan selain Klinik Desa Pimping sediada ia akan memindahkan operasi perkhidmatan untuk Klinik Kesihatan Membakut beroperasi semantara yang akan dinaiktaraf dan dijangka memerlukan tempoh selama 18 bulan.
Yahya juga memberitahu bahawa dia sudah berhubung dengan Pejabat Kesihatan Beaufort berhubung dengan perkara tersebut minta penjelasan.
“Kita berharap perkara ini diberi perhatian bahagian pembangunan jabatan kesihatan negeri sabah agar penyiapan menyeluruh dapat diselesaikan cepat dan memastikan pihak kontraktor tahu tanggung jawabnya bukan berbulan – bulan rehat tidur tanpa proaktif dilapangan. Budaya ini mengeciwakan” katanya lagi
Tamat
