PBLD ANJUR KAYUHAN MESRA BERSAMA PENDAKWAH INDONESIA, USTAZ DR. HJ DAS’AD LATIF

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU, 26 JULAI – Persatuan Berbasikal Lahad Datu (PBLD) menganjurkan Program Perjalanan Berbasikal bersama pendakwah bebas dari Indonesia, Ustaz Dr. Hj. Das’ad Latif bermula di perkarangan Masjid Ar Raudah, pagi tadi.

Program ini menghimpunkan 25 peserta diketuai Pengerusi PBLD, Suhaimi Kasuari serta Imam Rawatib Masjid Ar Raudah merangkap Penguat Kuasa JHEAINS Lahad Datu, Ustaz Mohd Fahmy Abd Rahman.

Para peserta mula mengayuh basikal dari Masjid Ar Raudah menuju ke kawasan Reno Fajar sebelum mengakhiri kayuhan di Restoran Saujana Putra untuk sesi sarapan bersama Ustaz Das’ad Latif yang hadir sebagai tetamu khas.

Penganjuran program seperti ini membuktikan bahawa aktiviti sukan mampu menjadi wadah terbaik dalam menyatukan masyarakat dan memperkukuh hubungan silaturahim.

Share This Article