SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH
20 MAC 2025
SEMPORNA: Lesen tamat tempoh,tiada jaket keselamatan, alat pemadam api yang tamat tempoh dan nama nakhoda tiada dalam lesen antara kesalahan yang dikesan semasa Ops Bersepadu dilakukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia ( APMM) di sekitar perairan Tando Bolong pada petang semalam.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim,Lt( M) Muhammad Haris bin Azmi berkata, dalam operasi bersepadu itu sebanyak 66 buah bot pelancong dan bot penumpang telah diperiksa.
Daripada jumlah itu sebanyak 23 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).
Operasi tersebut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ,Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
“…Kesalahan yang biasa dilakukan seperti lesen tamat tempoh ataupun nama nakhoda tidak seperti yang di dalam lesen itu adalah kesalahan yang dilakukan.. tidak memakai jaket keselamatan jaket keselamatan ..ini penting ibarat kalau kereta ia seperti ” seat belt” dan kesalahan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh…”katanya
Operasi Bersepadu itu kata Haris tertumpu di kawasan perairan Tando Bolong kerana ia merupakan kawasan strategik yang menjadi laluan utama bot penumpang dan bot pelancong pulau-pulau ke tanah besar Semporna .
Operasi yang dilaksanakan bermula pada jam 3.00 petang itu adalah waktu puncak kebiasaannya bagi bot pelancong dan bot penumpang beroperasi.
