SANDAKAN: Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Taman Mawar, di sini berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat setempat yang membanjiri majlis berkenaan.
Majlis itu disempurnakan Ahli Parlimen Batu Sapi, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Turut hadir memeriahkan program ialah Ahli Parlimen Sandakan, Puan Vivian Wong Shir Yee serta Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Sekong, Tuan Saparudin Abu dan PPM Karamunting, Tuan Yap.
Dalam ucapannya, Khairul Firdaus merakamkan penghargaan atas sokongan dan kehadiran masyarakat Cina, selain menyatakan komitmen untuk meneruskan penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina setiap tahun.
Beliau turut memaklumkan pembukaan pejabat kedua Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Sapi di Taman Mawar bagi memudahkan urusan penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan serta bantuan berkaitan.
Majlis diakhiri dengan acara cabutan bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan.
TAMAT
