MUSTAPHA SAKMUD TINJAU PROJEK PMBINAAN SEMULA BANGUNAN DAIFSK BALUNG

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU, 17 Januari 2026– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud hari ini mengadakan lawatan tapak ke Sekolah Kebangsaan Balung bagi meneliti perkembangan pelaksanaan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah berkenaan.

Beliau berkata, lawatan itu bertujuan memastikan projek dilaksanakan mengikut perancangan serta mematuhi spesifikasi yang ditetapkan demi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada murid serta warga pendidik.

Menurutnya, pematuhan terhadap spesifikasi teknikal dan kualiti pembinaan perlu diberi keutamaan supaya kemudahan yang dibangunkan benar-benar memenuhi keperluan dan dapat dimanfaatkan dalam jangka panjang.

Datuk Mustapha turut berharap usaha pembinaan semula bangunan daif itu mampu meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan dan kesejahteraan warga sekolah.

TAMAT

Share This Article