Sandakan, 3 Mac – Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Bin Haji Aman, Yang Dipertua Negeri Sabah, telah mengadakan lawatan rasmi ke daerah Sandakan hari ini.
Ketibaan Tuan Yang Terutama pada jam 12.40 tengah hari di Lapangan Terbang Sandakan bersama isteri beliau, Faridah Tussin, telah disambut oleh barisan kepimpinan kerajaan daerah termasuk wakil jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan, pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan.
Lawatan rasmi ini bertujuan memperkukuh hubungan antara institusi pentadbiran negeri dan daerah, di samping meninjau perkembangan semasa serta keperluan rakyat di daerah ini. Ia turut mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan negeri dalam memastikan kesejahteraan dan kemajuan masyarakat sentiasa diberi perhatian.
Sepanjang lawatan dua hari di sandakan, Tuan Yang Terutama dijadualkan menghadiri beberapa program rasmi serta mengadakan sesi pertemuan bersama pemimpin tempatan dan agensi berkaitan bagi mendapatkan maklum balas secara langsung berhubung isu dan keperluan setempat.
Oleh : Jalie mohamad
