Matbali, Ruslan Tinjau Banjir Di Lumadan Akibat Limpahan Sungai Padas

sabahheadlines
1 Min Read

BEAUFORT, 12 Feb – Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah hari ini turun padang meninjau situasi banjir di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) N34 Lumadan susulan limpahan Sungai Padas.

Tinjauan itu turut disertai Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Perindustrian Makanan, Datuk Haji Ruslan Muharam bersama pasukan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan serta agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta sukarelawan.

Menurut Matbali, pemantauan itu bertujuan memastikan tindakan segera dapat diselaras bagi membantu penduduk terjejas serta mempercepat pengurusan operasi di lapangan.

Beliau turut menasihatkan mangsa banjir supaya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga, mematuhi arahan pihak berkuasa serta berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya diarahkan.
“Semoga semua urusan dipermudahkan dan penduduk terus tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

TAMAT

Share This Article