KOTA KINABALU, 4 Jan 2026 – Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Kinabalu memaklumkan bahawa hujan lebat yang berterusan sejak petang 3 Januari telah menyebabkan beberapa kawasan di Kota Kinabalu, termasuk Kampung Rampayan dinaiki air.
Seramai 182 penduduk daripada 46 keluarga dipindahkan sementara ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memastikan keselamatan mereka.
Banjir berlaku akibat hujan lebat berterusan bermula jam 5.00 petang pada 3 Januari.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu segera dikerah ke lokasi hotspot untuk pemantauan dan operasi menyelamat.
Jumlah keseluruhan mangsa adalah 182 orang terdiri daripada 75 lelaki dan 107 perempuan semua warganegara. Tiada bukan warganegara dilaporkan terjejas.
Berdasarkan rekod mangsa yang terlibat
Warga Emas :Lelaki 2, Wanita 7,Dewasa: Lelaki 48, Wanita 64, Kanak-kanak: Lelaki 23, Perempuan 30 dan Bayi: Lelaki 2, Perempuan 6.
Sementara itu operasi tersebut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk DBKK, PDRM, JBPM, APM, JPKK, RELA, dan SESB bagi memastikan kelancaran operasi penyelamatan dan keselamatan mangsa.
Menurut sekretriat Itu lagi,pendaftaran bagi mangsa yang tidak berpindah pada 3 Januari masih dijalankan untuk memastikan semua mangsa tercatat dan mendapat bantuan sewajarnya.
TAMAT
