Masjid Kampung Tabah Baru Siap Dinaik Taraf, Kini Bangunan Konkrit Lebih Selesa

sabahheadlines
1 Min Read

BATU SAPI – Masjid Kampung Tabah Baru kini berwajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf daripada struktur kayu kepada bangunan konkrit siap sepenuhnya.

Projek berkenaan direalisasikan atas inisiatif Ahli Parlimen Batu Sapi, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, yang terus komited memperkasa pembangunan infrastruktur termasuk kemudahan ibadah di kawasan Parlimen itu.

Masjid berkenaan dimaklumkan telah mula digunakan untuk solat fardu serta pelbagai aktiviti keagamaan. Dengan kemudahan yang lebih kukuh dan selesa, pelaksanaan solat sunat tarawih sepanjang Ramadan tahun ini memberi suasana baharu yang lebih kondusif kepada jemaah dan penduduk setempat.

Penduduk Kampung Tabah Baru menyifatkan penaiktarafan tersebut sebagai satu usaha signifikan dalam memperkukuh syiar Islam serta meningkatkan keselesaan komuniti setempat.

TAMAT

Share This Article