SANDAKAN,15 APRIL- Cadangan pejabat pentadbiran Sawit Kinabalu Wilayah Sandakan untuk berpindah ke lokasi baharu mendapat sambutan baik.
Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Haji Hazem Mubarak Tun Musa menyambut baik cadangan pejabat pentadbiran untuk berpindah ke lokasi Taman Industri Sandakan (SIP) yang terletak di kawasan jalan lintas Batu Sapi.
“Saya menyambut baik cadangan itu kerana ia mampu memajukan SIP,” katanya ketika berucap pada majlis Silaturrahim SKG Wilayah Sandakan di SK-SIP pada Selasa.
Ketika ini pejabat pentadbiran SKG terletak di Batu 11/2 jalan Utara.
Terdahulu,Hazem beramah mesra dengan kakitangan SKGWS dan berhara agar SKGWS berusaha meningkatkan prestasi.
Hazem juga memuji penganjuran majlis tersebut yang disifatkannya mampu mengeratkan silaturrahim antara pekerja dan pihak pengurusan.
“Jadikan hubungan yang terjalin untuk sama-sama meningkatkan pencapaian dan prestasi SKGWS,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Victor Ationg berkata, SKWS sememangnya telah mempunyai pejabat di SIP.
Bagaimanapun, katanya, pejabat itu hanya mempunyai bilangan pekerja yang kecil.
