Paitan, 20 Februari (Jumaat) – Situasi banjir yang melanda Kampung Tangkarason, Paitan kini amat membimbangkan apabila banyak rumah-rumah kediaman penduduk serta kemudahan awam termasuk klinik kesihatan telah ditenggelami air akibat hujan lebat berterusan.
Keadaan ini telah menjejaskan kehidupan harian penduduk dan memerlukan perhatian serta tindakan segera daripada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terjamin.
Sehubungan itu, kita semua mendoakan agar seluruh penduduk yang terjejas di Kampung Tangkarason khususnya dan seluruh Daerah Paitan amnya sentiasa berada dalam keadaan selamat, dipermudahkan segala urusan, serta dilindungi daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
Semoga keadaan banjir ini segera pulih dan semua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
TAMAT
