shn@ Aleeya Villiamon
SANDAKAN (13 JULAI): Perbincangan dan rundingan mengenai pilihan raya negeri diputuskan oleh pemimpin daripada Sabah.
Ketua Penerangan Upko Pusat, Peter Naitin berkata orang Sabahlah yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan PRN.

” Perdana Menteri sendiri telah memberikan mandat untuk berbincang dan saya sendiri terlibat dalam perbincangan itu sama ada di adakan di sini (Sabah) mahupun di Kuala Lumpur,” katanya kepada media di sini hari ini.
Peter yang juga Ketua Bahagian Upko Libaran berkata kesiapsiagaan bahagian itu telah dilakukan “dan Upko Libaran akan terus bergerak ke hadapan.”
Biarpun, katanya, rundingan kerusi masih dibuat namun Upko Libaran telah bersedia sepenuhnya.
Tamat
