24 Ketua Isi Rumah Taman Pohing Terima Bantuan Bencana Parlimen Batu Sapi

sabahheadlines
1 Min Read

BATU SAPI: Seramai 24 ketua isi rumah di Taman Pohing menerima sumbangan bantuan bencana daripada Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, susulan kejadian banjir akibat hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi, Tuan Ajak Hj Sadikal yang mewakili YB Datuk Khairul Firdaus.

Sebelum ini, seramai 17 ketua isi rumah turut menerima bantuan sama selepas kediaman mereka dimasuki air akibat limpahan banjir.

Inisiatif berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban dan kesulitan yang dihadapi mangsa terjejas, khususnya dalam tempoh pemulihan pasca bencana.

TAMAT

Share This Article