Mangsa Dibaham Buaya di Sungai Trusan Sapi, Beluran

sabahheadlines
1 Min Read

BELURAN: 10 November: Seorang lelaki berusia 62 tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai dibaham buaya ketika mandi di Sungai Trusan Sapi, Kampung Bakong-Bakong Sapi, Beluran.

Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran menerima maklumat daripada pihak Polis bahawa mangsa telah mandi di sungai tersebut seorang diri pada 9 November 2025 sekitar jam 8.00 malam dan tidak kembali ke rumah.

Usaha mencari mangsa oleh penduduk kampung menggunakan bot telah dilakukan dalam lingkungan jarak 1 kilometer dari lokasi mangsa mandi.

Mangsa akhirnya dijumpai dalam keadaan tidak sempurna kira-kira 10 meter dari lokasi beliau hilang.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Jipili, dengan dibantu dua anggota BBP Beluran menggunakan sebuah kenderaan Hilux Vigo.

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi operasi ditamatkan pada jam 2.00 petang.

TAMAT

Share This Article