TAWAU, 26 MEI-Sebuah lori 10 tan yang membawa muatan buah kelapa sawit terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Wakuba Gading, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.33 pagi itu, seorang lelaki berusia 35 tahun yang dipercayai pemandu lori berkenaan dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut laporan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau diketuai PBK I Lister Kores dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 11.03 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh 29 kilometer.
Kemalangan itu hanya melibatkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan buah kelapa sawit.
Bagaimanapun mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan serta mengambil maklumat di lokasi kejadian.
Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di kawasan terbabit dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.15 pagi .
