PRN Sabah: Warisan Akan Bergerak Solo Tanpa Gabungan

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

9 MAC 2025

TUNGKU:

Parti WARISAN mengesahkan parti itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan parti itu adalah parti berbilang kaum dan menegaskan sejarah pernah membuktikan di Sabah parti seperti BERJAYA dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.

Walaupun pelbagai spekulasi dibuat namun beliau berkata tiada sebarang bentuk kerjasama yang dibuat dengan mana-mana parti dan WARISAN selesa untuk bergerak sendiri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semalam selepas Majlis Berbuka Puasa penyampaian bantuan dan sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Daerah Kecil Tungku.

“…Kita nyatakan tidak pernah kita ada perbincangan, keputusan, bergabung dengan mana-mana parti ..setakat ini warisan akan bertanding secara solo , katanya.

Share This Article