KIMANIS, 30 Sept – Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an cedera selepas lori 10 tan yang dipandunya terbabas sendiri di Jalan Belakang, Bukit Perapat, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, PPgB Nelson Ponji berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 pagi sebelum menghantar sebuah jentera CFRT dan sebuah pacuan empat roda dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan di lokasi, didapati mangsa telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan bomba. Pasukan kami kemudian melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan kemalangan bagi memastikan tiada sebarang risiko lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi yang diketuai PBK I Nazir Chek Lah ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.44 pagi.
TAMAT