Cawangan Warisan Umum Sertai STAR di Tambisan

sabahheadlines
2 Min Read

LAHAD DATU, 2 Okt – Lapan cawangan Parti Warisan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tambisan mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

dalam satu majlis di Dewan Kampung Tambisan Darat, di sini petang tadi.

Majlis penyerahan cawangan itu disempurnakan Ketua Bahagian STAR DUN N.60 Tungku, Suling Isib di Dewan Kampung Tambisan Darat di sini petang tadi.

Suling berkata penyertaan beramai-ramai itu menjadi bukti keyakinan masyarakat terhadap perjuangan STAR di kawasan berkenaan.

“Tambisan kini menjadi kubu baharu STAR. Penyertaan daripada Warisan menandakan penyatuan tenaga dan semangat baharu untuk memperkukuhkan perjuangan STAR demi kepentingan rakyat,” katanya.

Suling turut menyeru ahli dan penduduk Tambisan menjadikan penyertaan itu sebagai titik penyatuan untuk membangunkan kawasan berkenaan, selain memastikan kebajikan masyarakat nelayan, petani dan golongan muda terus diperjuangkan.

Antara yang mengetuai kemasukan ialah mantan Ketua PDM Tambisan Warisan, Nawawi Che Mahmod, bersama tujuh lagi ketua cawangan lain. Mereka turut menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Suling sebagai calon STAR bagi DUN Tungku pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 40 orang termasuk pimpinan STAR bahagian antaranya Naib Ketua Bahagian, Sonoh Angoh; Setiausaha Bahagian, Misin Bising; Timbalan Ketua Wiranita, Norhayati Tugnol; Ahli Jawatankuasa Bahagian, Imam Peter Jasri serta Ketua PDM STAR Tambisan, Nawawi Che Mahmod.

Sejurus selesai majlis penyerahan, satu pra-mesyuarat pembentukan PDM Tambisan turut diadakan di kediaman Ketua Cawangan, Norminah Mussad, di Kampung Tambisan Darat.

TAMAT

Share This Article