WARGA EMAS DIKHUATIRI HILANG DITEMUI MENINGGAL DUNIA DI TEPI SUNGAI

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA BELUD, 2 Okt – Seorang warga emas berusia 92 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam di Kampung Sogo Narinang, di sini, ditemui meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa, Sami bin Biu, disedari tidak pulang selepas keluar ke kebun pada jam 8 pagi pada khamis.

Kehilangannya dilaporkan oleh keluarga apabila beliau tidak kembali ke rumah sehingga jam 5 petang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 7.40 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bersama polis digerakkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK I Suffian Aban memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama ditangguhkan pada jam 9.22 malam kerana faktor gelap dan disambung semula pada jam 7.07 pagi hari ini.

“Hasil pencarian, mangsa ditemui orang kampung pada jam 7.43 pagi di tepi sungai yang terletak kira-kira 19 kilometer dari rumahnya.

Pasukan Bomba seterusnya mengangkat mangsa menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi SAR melibatkan tujuh anggota bomba dengan kekuatan satu unit EMRS dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Vigo selain bantuan dua anggota polis.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.54 pagi.

Mangsa ditemui dalam keadaan sudah meninggal dunia.

TAMAT

Share This Article