Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya dilantik semula sebagai Speaker

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya telah dilantik semula sebagai  Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. 

Kadzim menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman  di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini. 

Selepas mengangkat sumpah di hadapan Tun Musa, Kadzim menandatangani  dokumen tersebut yang disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk  Azizah Nawawi. 

Istiadat itu turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor,  menteri-menteri kabinet dan pembantu menteri. 

Tamat

Share This Article