LIMA PEMILIK SYARIKAT DIDAKWA KEMUKA DOKUMEN PALSU TUNTUT INSENTIF PERKESO

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 6 OGOS – Lima pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Prosiding didengar di hadapan Hakim Ya Tuan Andi Razalijaya A. Dadi manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norsham Saharom.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau tuntutan mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin dengan dua penjamin tempatan. Foo diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM7,000; Pausia dan Mohd Azhar masing-masing RM10,000 dengan deposit RM5,000; Arzeanti RM8,000 dengan deposit RM4,000; manakala Nur Farhanah RM8,000 dengan deposit RM3,500.

Mahkamah turut mengarahkan semua tertuduh melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan, menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 14 September depan untuk sebutkan pengurusan perbicaraan manakala perbicaraan bagi setiap tertuduh dijalankan secara berasingan bermula Oktober depan.

Share This Article