KOTA KINABALU, 29 Mac: Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson, dikurniakan Darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran “Datuk” sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, esok.
Pengurniaan itu merupakan antara senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah sebagai pengiktirafan terhadap jasa serta sumbangan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang kepada pembangunan negeri.
Walter yang kini menerajui MPS dilihat memainkan peranan penting dalam memperkukuh pentadbiran serta perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di Sandakan.
Sambutan ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah itu dijadual berlangsung dalam istiadat penuh adat di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, dengan kehadiran dif-dif kenamaan serta penerima anugerah dari seluruh negeri.
TAMAT
