Kerajaan Sentiasa Bantu Rakyat

khaiz
1 Min Read

KERAJAAN SENTIASA BANTU RAKYAT

– HAJI MOHD JALI NORDIN

Timbalan Ketua Bahagian PGRS Klias

BEAUFORT: Kerajaan akan sentiasa membantu rakyat dan tidak akan mengamalkan sikap pilih kasih.

Timbalan Ketua Bahagian PGRS Klias, Haji Mohd Jali Nordin melahirkan keyakinan itu berdasarkan bantuan yang diperkenal dan dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini.

“Bantuan yang disediakan dan diperkenalkan kerajaan ketika ini tidak dilakukan oleh kerajaan lalu.

“Bantuan itu pula diberikan kepada rakyat yang layak tanpa pilih kasih,” katanya.

Beliau berkata kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Nor adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa berusaha membantu rakyat.

Menurutnya bantuan itu adalah menyeluruh dan ianya termasuklah generasi muda.

Selain bantuan pendidikan, perumahan dan bantuan bulanan, ianya sudah jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan ketika ini berbanding kerajaan terdahulu, katanya lagi.

Share This Article