Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Akan Terus Bersama GRS Dan Akan Memastikan GRS Memerintah Semula

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

25 FEBRUARI 2025

TUNGKU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan terus bersama GRS dan memastikan GRS memerintah semula,kata Naib Presiden parti itu, Suling Isib.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Tertutup igal-igal Daerah Tungku ahad lalu.

“STAR tidak akan menerima sebarang gabungan daripada luar namun sekiranya ada parti politik yang ingin bergabung dengan STAR, bolehlah masuk di dalam GRS bersama-sama berjuang untuk negeri Sabah,katanya.

Apa- apa pun katanya, semua itu terpulang kepada Presiden dan pemimpin-pemimpin atasan nanti.

Sehubungan itu Suling memberitahu jentera Parti STARSABAH telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Suling yang juga Ketua Bahagian STARSABAH Tungku juga mengingatkan agar rakyat sentiasa mengekalkan adat budaya dan tarian seni budaya kaum adalah antara salah satu usaha yang terbaik ke arah matlamat itu.

Share This Article