Kelibat Seekor Buaya Di Dalam Air, Pantai Tanjung Aru

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES –

16 MAC 2025

KOTA KINABALU: Seekor buaya dikesan berada di perairan Pantai Tanjung Aru pada malam tadi.

Orang awam yang melihat kelibat reptilia itu terus memaklumkan kepada petugas Menara Penyelamat Pantai sekitar jam 8.15 pagi.

Susulan daripada maklumat yang diterima petugas Menara Penyelamat Pantai berkenaan telah menaikkan bendera merah dan memberi nasihat atau hebahan kepada orang awam supaya mengurangkan aktiviti di air di kawasan tersebut bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun Petugas Menara Penyelamat Pantai sedang membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Share This Article