Empat Mahkamah Anak Negeri (MAN) Akan Diwujudkan Di Empat Daerah Di Sabah

khaiz
2 Min Read

SABAH HEADLINES

16 MAC 2025

SANDAKAN: Empat lagi Mahkamah Anak Negeri ( MAN) akan diwujudkan di empat daerah tahun ini,kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah( JHEANS) Nordin Lossin.

Katanya,daerah yang terlibat ialah Ranau,Tongod,Tamparuli dan Putatan.

” MAN Ranau akan siap Mac ini manakala MAN Tongod pada April atau Mei depan … Dan September MAN Putatan, sendiri dan dijangka siap sepenuhnya Mac ini,katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Majlis Perjumpaan Ketua-ketua Adat dan Majlis Iftar di Mahkamah Anak Negeri Sandakan pada jumaat lalu.

Katanya, pembinaan bangunan MAN itu adalah antara plan strategik JHEANS dalam memartabatkan undang-undang adat negeri.

Sementara itu pihak JHEANS dalam proses mengaktifkan semula satu jawatankuasa Mahkamah Rayuan yang memberi peluang mana-mana anak Negeri yang ingini menjalankan guaman justeru MAN boleh memohon.

” Kita juga telah mempertingkatkan pendapatan iaitu mana-mana MAN yang beroperasi di Pejabat Daerah atau Majlis Perbandaran supaya pendapatan dimasukkan qdalam kod 193.

” Dan ..pendapatan MAN qsetahun mencecah lebih RM 100 ribu.

” Ini indikator yang perlu Kita buat supaya MAN dilihat sebagai satu identiti yang menyumbang kepada pihak kerajaan, katanya.

Mahkamah Anak Negeri Sandakan adalah lokasi yang ke 15 yang tumpuan Pengarah JHEANS dalam misi meningkatkan tata kelola enakmen.

Share This Article