KEBAKARAN MUSNAHKAN EMPAT RUMAH, SATU KEDAI

sabahheadlines
2 Min Read

TAWAU (25 MAC): Tiga buah kedai dan sebuah kedai musnah dalam kebakaran di Tanjung Batu Laut dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tiga rumah dan sebuah kedai dilaporkan musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi rumah mengalami kerosakan teruk dianggarkan sekitar 80 peratus.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.39 pagi sebelum pasukan digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, seramai 19 anggota bersama lima jentera termasuk Fire Rescue Tender (FRT), Light Fire Rescue Tender (LFRT), Compact Fire Rescue Tender (CFRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta Water Tanker terlibat dalam operasi pemadaman.

“Kebakaran melibatkan lima struktur iaitu empat rumah tidak kekal dan sebuah kedai jenis kekal. Dua rumah musnah sepenuhnya, sebuah mengalami kerosakan kira-kira 90 peratus, manakala sebuah lagi hanya 10 peratus.

“Premis kedai turut terjejas sekitar 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan dua aliran hos sepanjang kira-kira 300 kaki dengan empat pancutan air, selain bekalan air diperoleh daripada jentera tangki.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.14 tengah hari.

Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam insiden berkenaan, manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

TAMAT

Share This Article