PUTATAN, 22 Jan – Kebakaran yang memusnahkan sejumlah kediaman di Kampung Dumpil di sini berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.04 pagi selepas hampir sejam operasi pemadaman dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.
Dalam kejadian itu, sebanyak 17 buah rumah jenis tidak kekal terlibat, dengan 14 daripadanya musnah sepenuhnya, manakala sebuah rumah mengalami kerosakan kira-kira 50 peratus dan dua lagi rosak sekitar 10 peratus.
Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam insiden berkenaan.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
TAMAT
