Lelaki Warga Asing Ditahan Miliki Dadah di Kaki Lima Kedai Sabindo

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU, 22 Jan – Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi rondaan cegah jenayah di kawasan kaki lima kedai Jalan Chen Fook, Sabindo, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin bin Hussin berkata, suspek berusia lingkungan 46 tahun itu dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan dijalankan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau.

“Hasil pemeriksaan menemui satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.20 gram yang disimpan di dalam kotak rokok milik suspek,” katanya.

Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

TAMAT

Share This Article