IPD SANDAKAN ANJUR SOLAT HAJAT, CERAMAH AIDILADHA

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 14 MEI- Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Cawangan Agama Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan menganjurkan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Hajat Perdana dan ceramah sempena Hari Raya Aidiladha 2026 di Masjid Nur Aman, hari ini.

Program itu dihadiri Pengerusi Masjid Nur Aman merangkap Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sandakan, Deputi Superintendan Polis Che Rafizi Che Ramli bersama Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Sandakan, Deputi Superintendan Polis Sham Osman serta pegawai dan anggota polis.

Antara pengisian program ialah solat sunat yang dipimpin Pegawai Agama BAKA IPD Sandakan, Ustaz Khairul Anuar Abdul Jal selain ceramah khas bertajuk “Uniform: Amanah dan Pengorbanan” disampaikan Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan, Haji Rahmin Arman.

Program berkenaan bertujuan memperkukuh nilai amanah, pengorbanan dan penghayatan kerohanian dalam kalangan warga IPD Sandakan selaras usaha membentuk anggota berintegriti dan berakhlak tinggi.

Share This Article