SANDAKAN (14 NOVEMBER): Bukan disebabkan dipilih sebagai calon sebaliknya sumbangan yang diberikan bagi memastikan keselesaan pelajar dapat diberikan.
Keprihatinan itulah yang diperlihatkan oleh Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Haji Hazem Mubarak Tun Musa.
Beliau memberikan sumbangan 200 kerusi untuk kegunaan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SYN Hua Batu 8 di sini hari ini.
Sumbangan itu amat bermakna buat sekolah yang mempunyai 551 pelajar.
Hakikatnya keprihatinan Hazem terhadap pembangunan pendidikan sememangnya tidak dapat dinafikan.
Beliau sentiasa memberikan sumbangan dan ia bukan hanya kepada pelajar tetapi juga golongan pendidik.
” Kita mahu pembangunan pendidikan terus berkembang dan kita juga menghargai segala jasa golongan pendidik,” katanya lagi
Dalam pada masa yang sama, Pengetua sekolah itu, Chang Fui Chew berkata sumbangan kerusi dapat sangat mereka harapkan dan dapat membantu sekolah rendah jenis Cina memiliki kemudahan baharu.
Katanya sekolah yang sudah berusia 78 tahun kini mengunakan keadah pelajaran Digital Board.
Tamat
