TUNGKU, 14 Nov Sabtu – Ketua Bahagian Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) Tungku,Datuk Haji Abdul Hakim Gulam Hassan yang juga calon bagi kerusi Tungku menzahirkan penghargaan kepada Pimpinan GRS serta atas kepercayaan mencalonkan beliau pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.
Beliau berkata, pencalonan tersebut merupakan amanah besar yang bakal digalas dengan penuh tanggungjawab dalam menghadapi PRU kali ini.
“Saya berharap masyarakat khususnya di kawasan Tungku dapat memberi peluang untuk saya berkhidmat sebaik mungkin. Insya-Allah.. jika diberi mandat saya akan menawarkan khidmat terbaik untuk semua tanpa mengira suku kaum,” katanya.
Menurutnya, Tungku sentiasa dianggap sebagai keluarga besar dan komitmen untuk berkhidmat akan menjadi keutamaan sepanjang tempoh berkempen dan selepasnya.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Lahad Datu petang Sabtu turut disambut meriah oleh para penyokong menandakan sokongan awal terhadap perjuangannya di Tungku.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai gerak kerja parti beliau memaklumkan bahawa persiapan jentera telah dibuat sejak awal dan perjumpaan bersama jentera-jentera akan diteruskan dalam masa terdekat.
TAMAT
