GAGASAN KLIAS KEKAL KEPUTUSAN

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

KOTA KINABALU (27 JULAI): Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) tetap mengekalkan keputusan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.

Ketua bahagiannya Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata keputusan itu tidak akan berubah meskipun wujudnya kerjasama dengan parti lain.

“Kami tidak angkuh atau sombong tetapi kami amat yakin mampu menang,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini kelmarin.

Beliau berkata Gagasan Klias sudah lama bergerak dan berjaya menawan hati rakyat.

Situasi itu, katanya, membuatkan Gagasan Klias mengambil jeputusan untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Seperti mana yang dinyatakan oleh presiden Gagasan Datuk Seri Panglima Hajjji Haji Nor dalam ucapan dasarnya, Isnin memberitahu keputusan itu telahpun disuarakan kepada pucuk pimpinan parti.

“Kita terima jika keputusan dibuat untuk bekerjasama tetapi kita tidak akan menyerahkan kerusi DUN Klias kepada parti lain yang belum pasti diterima oleh takyat,” katanya lagi.

Menurutnya rakyat juga tidak akan mengubah sokongan mereka kepada parti lain.

“Rakyat yakin dan percaya kepada Gafasan dan sudah tentu rakyat mahukan Gagasan yang me jadi calon pilihan raya negeri nanti,” katanya lagi.

Tamat

Share This Article