GRS Sukau Zahirkan Sokongan Kepada Calon BN

sabahheadlines
1 Min Read

KINABATANGAN, 21 Jan — Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Barisan Nasional (BN) diperlihatkan menerusi kempen pilihan raya.

Ketua Bahagian GRS Sukau, Datuk Juhari Janan hadir membantu calon BN, Naim Kurniawan Moktar di Dewan Suan Lamba di sini.

Naim merupakan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Kinabatangan.

Selain hadir Juhari juga turut berucap pada program tersebut.

Program tersebut menandakan jalinan kerjasama politik antara GRS Sukau dan BN Kinabatangan dizahirkan secara terbuka dalam kempen PRK, sebagai usaha menyatukan sokongan bagi memastikan kemenangan calon BN.

Penganjuran ceramah itu turut mencerminkan komitmen dan kesepaduan ahli serta penyokong GRS Sukau dalam memperkukuh kerjasama politik berteraskan kestabilan dan hala tuju Kerajaan Negeri Sabah pasca Pilihan Raya Negeri lalu.

Dalam program berkenaan, para pemimpin menyeru pengundi agar memberi sokongan kepada calon BN bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan Kinabatangan terus diperkasa.

TAMAT

Share This Article