POLIS PERHEBAT OPERASI NARKOTIK , PREMIS HIBURAN JADI FOKUS DI LAHAD DATU

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU, 22 Januari 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah menjalankan Operasi Pemeriksaan Pusat Hiburan bagi membanteras penyalahgunaan dadah serta aktiviti jenayah berkaitan di sekitar daerah ini.

Operasi tersebut melibatkan seramai 10 pegawai dan anggota BSJND.

Sepanjang operasi dijalankan dua premis pusat hiburan telah diperiksa dengan seramai 16 individu terdiri daripada pelbagai bangsa dan kewarganegaraan telah menjalani pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki yang merupakan pengunjung pusat hiburan telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Selain itu, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap lima pengunjung melibatkan seorang lelaki dan empat wanita mendapati seorang lelaki disahkan positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan Ketamin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu,ACP HJ. Dzulbaharin bin HJ. Ismail menegaskan bahawa operasi dan pemeriksaan seumpama ini akan diteruskan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan premis hiburan tidak disalahgunakan sebagai lokasi penyalahgunaan dadah dan aktiviti menyalahi undang-undang.

Menurut beliau, operasi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam usaha membanteras jenayah dadah serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

TAMAT

Share This Article