SEMPORNA, 7 Dis — Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan Program Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Lihak-Lihak sekaligus menjadikannya antara agensi keselamatan terawal melaksanakan inisiatif berteraskan pendidikan dan komuniti di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).
Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM,Datuk Dr. Jamaluddin Mohd Ali diiringi Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah, Tuan Haji Raffle Mukaddim.
Turut hadir Pegawai Pendidikan Semporna, Hajah Rozita Anjuh.
Program julung kali itu menarik penyertaan kira-kira 600 pengunjung, terdiri daripada penduduk Kampung Lihak-Lihak, ibu bapa serta komuniti setempat.
Program Sekolah Angkat MADANI merupakan inisiatif cetusan idea Perdana Menteri, bertujuan memperkasa komuniti sekolah melalui pembangunan relevan dan mampan, selain menyokong keperluan sosioekonomi setempat.
ESSCOM melalui program ini turut memainkan peranan memperluas kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam di ESSZone selaras agenda Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, hormat dan kesejahteraan rakyat.
Majlis turut dimeriahkan dengan pameran kelengkapan taktikal ESSCOM, Pocket Talk oleh Asisten Ketua Staf Pusat Operasi ESSCOM, Kolonel Ithnin Hj Kawi,
Pameran LIMPUS STEM SK Lihak-Lihak,Persembahan murid-murid, Pertandingan me warna, Perlawanan bola sepak persahabatan antara ESSCOM dan warga pendidik SK Lihak-Lihak
Dalam pada itu Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan peruntukan RM100,000 kepada ESSCOM untuk pembangunan infrastruktur dan fasiliti sekolah tersebut.
Antara projek yang dilaksanakan termasuk
Naik taraf kabin sekolah,
Pembinaan/baik pulih dewan terbuka, Pemasangan pintu pagar dan tembok keselamatan.
Sehubungan itu ESSCOM berharap penganjuran program sebegini dapat memperkukuh kefahaman masyarakat mengenai aspirasi Malaysia MADANI, seiring pendekatan Whole of Government dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat.
TAMAT
